Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Festival Anak Muda anjuran UMK sasar 10,000 pengunjung


Tarikh kemaskini: 11/09/2019




KOTA BHARU, 11 Sept -- Program berskala besar Festival Anak Muda anjuran Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan diadakan selama tiga hari bermula 19 Sept ini, dengan sasaran kehadiran 10,000 pengunjung. 

Pegawai Belia dan Sukan UMK Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib berkata, festival ini dilihat memberi impak positif kepada golongan belia dan masyarakat setempat melalui pelbagai program yang akan dijalankan. 

“Festival ini juga sekaligus dapat melahirkan pemimpin dan mahasiswa UMK yang mempunyai kualiti tersendiri,” katanya kepada Bernama di Sidang Media Festival Anak Muda di UMK Kampus Kota di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Program Festival Anak Muda UMK Muhammad Farid Aidy Ismail.

Katanya antara pengisian yang akan diadakan antaranya ialah Pancaragam Sekolah Kolej Sultan Ismail, CEO Talk dengan Lazada’, E-Sport PUBG, pameran Rumah Berhantu, selain jemputan daripada kalangan artis tempatan seperti Ismail Izzani selain penceramah jemputan iaitu PU Azman dan juga Ustaz Haslin Bollywood. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel