Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayi tiga bulan maut, disyaki didera


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KEMAMAN, 11 Sept -- Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut disyaki didera ibunya di Bandar Cheneh Baru di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Cheneh oleh bapanya dalam keadaan lemah.

Pihak klinik katanya telah memberi bantuan kecemasan untuk menyelamatkan bayi tersebut namun gagal dan mendapati terdapat unsur penderaan pada bayi malang itu.

“Menurut lelaki tersebut, semasa dia pulang ke rumah untuk menghantar makanan pada isterinya pada pukul 10 pagi, dia melihat isterinya berbaring di sebelah bayi berkenaan. 

“Kemudian dia bertanya kepada isterinya mahu makan ke tidak tetapi isterinya mengatakan telah menghantar anaknya ke syurga. Mendengar penjelasan itu, dia serta-merta terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Cheneh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hanyan berkata kes tersebut kini dalam siasatan polis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel