Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima atlet angkat berat negatif ujian doping


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





JOHOR BAHRU, 11 Sept  -- Keputusan doping lima atlet angkat berat kebangsaan yang dilakukan secara mengejut oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada Julai lepas, didapati negatif.

Mengesahkan perkara itu, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata lima atlet angkat berat yang menjalani ujian yang dijalankan 31 Julai itu ialah atlet senior Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, Muhammad Aznil Bidin, Muhammad Erry Hidayat, Mohd Yusoff Nandong dan Nur Atikah Mahamad Sobri.

Katanya, pelbagai prosedur tambahan melibatkan ujian semula dan kenal pasti bahan telah dijalankan  sepanjang sampel dihantar ke makmal antarabangsa di Qatar.

“Setelah menunggu selama enam minggu, pada hari ini, PABM menerima keputusan yang menggembirakan. 

Jelas menunjukkan bahawa segala seminar, bengkel dan sesi penerangan yang dijalankan secara berterusan oleh PABM, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Negeri, ADAMAS serta persatuan negeri membuahkan hasil,” katanya dalam satu kenyataan media,  hari ini.

Ayub berkata berita baik itu juga merupakan satu petanda positif menjelang Sukan Malaysia (Sukma) di Johor tahun depan.

“Saya berharap agar sesi penerangan dapat dilakukan secara berterusan agar atlet sukan angkat berat ini benar-benar faham serta tidak melibatkan diri dalam pengambilan barangan larangan ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ayub berkata pihaknya masih menunggu keputusan majlis tertinggi Sukma  mengenai keputusan menyenaraikan semula sukan angkat berat yang sebelum ini berstatus 'KIV’ (simpan dalam perhatian) di temasya sukan itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel