Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sook terima peruntukan RM2.54 juta untuk bekal air terawat dan graviti


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KENINGAU, 11 Sept  – Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.54 juta bagi membiayai projek pembekalan air terawat dan graviti di beberapa buah kampung di Sook.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Paul Isidore berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pembekalan air terawat kepada lima kampung iaitu Sekikilo, Ulu Barasanon, Ulu Mapila, Namadan dan Ulu Lintuhun.

Katanya ini meliputi kerja pemasangan paip dari bekalan utama sejauh dua kilometer dan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk membiayai pembinaan pembekalan air graviti untuk Kampung Lalapakon yang terletak di Lembah Trus Madi sejauh enam kilometer.

"Untuk di Lalapakon, kerja-kerja melibatkan pembinaan sebuah empangan dan pemasangan paip kepada rumah-rumah penduduk,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Sook di Sook hari ini.

Sebanyak 26 kontinjen menyertai perbarisan yang julung kali didakan.

Paul berkata masalah kekurangan bekalan air graviti di Kampung Lalapakon dan sekitar berpunca daripada sumber air daripada tadahan yang semakin kering disebabkan oleh faktor cuaca, selain saluran paip sedia ada mengalami kerosakan teruk.

“Dengan adanya tadahan air yang baharu nanti, ia memberi manafaat kepada lebih 300 penduduk di Lalapakon,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Paul berkata nilai perpaduan rakyat di negeri ini sangat tinggi biarpun mempunyai pelbagai kaum dan berbeza anutan agama.

Katanya ini menjadi faktor utama menyumbang kepada keharmonian hidup rakyat dan semangat muhibbah yang penting dalam pembangunan negara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel