Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen Kedah tahan 17 PATI dalam Op bersepadu


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





ALOR SETAR, 11 Sept -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 17 pendatang asing tanpa izin pelbagai warganegara dalam Op Bersepadu di beberapa lokasi berasingan di sekitar Bukit Kayu Hitam, semalam.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi yang bermula dari 2.00 petang sehingga 5.30 petang itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 79 pendatang asing di premis-premis perniagaan dan tapak pembinaan.

“Daripada jumlah itu, enam lelaki Bangladesh, dua lelaki dan empat wanita Thailand, dua lelaki Myanmar, dua wanita Indonesia dan seorang lelaki India ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 45 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15(1) akta yang sama, serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial atau pas kerja.

Katanya mereka kini ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel