Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perak sumbang RM25, 000 kepada balu Mej Mohd Zahir


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





IPOH, 11 Sept -- Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mej Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika membuat satu demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah, Rabu lalu. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu  meluluskan peruntukan berkenaan hari ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Mohd Zahir dalam mempertahankan kedaulatan negara. 

"Biarpun sumbangan ini tidak dapat dibandingkan dengan kepiluan dan kesedihan yang sedang dilalui oleh Nour Shafinar, ia diharap sedikit-sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham. 

"Kerajaan negeri mendoakan semoga Nour Shafinar terus dikurniakan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang amat sukar itu," kata Ahmad Faizal dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga bersedia menghulurkan bantuan susulan bagi mengurangkan bebanan isteri Allahyarham dalam membesarkan anak-anak. 

Allahyarham Mohd Zahir merupakan anak kepada seniman terkenal AR Badul meninggal dunia Rabu lalu selepas terkena tembakan dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi pada 4 Sept lepas 

Mohd Zahir, 36, yang merupakan pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas meninggalkan seorang isteri serta lima anak berumur lima bulan hingga sembilan tahun. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel