Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hakim Mahkamah Syariah Ipoh, anggota polis direman bantu kes rasuah


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





IPOH, 11 Sept -- Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan seorang Lans Koperal polis direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melepaskan seorang pegawai polis daripada kes khalwat.

Tempoh reman bagi hakim berusia 37 tahun dan anggota polis berumur 30 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, N.Nageswari. 

Menurut peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah, yang mewakili hakim berkenaan, anak guamnya itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 11.30 malam tadi di sebuah kedai makan di Desa Chemor di sini.

Katanya penahanan hakim itu berhubung kes menerima suapan RM4,000 bertujuan melepaskan kes khalwat seorang Inspektor polis yang kini dalam perbicaraan. 

Sementara itu, anggota polis terbabit ditahan pada 1.45 pagi tadi di Balai Bukit Merah di sini tempat dia bertugas kerana bersubahat dengan hakim tersebut. 

Siasatan ke atas kedua-dua individu berkenaan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel