Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba Johor tidak akan berkompromi dengan anggota terlibat rasuah


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





JOHOR BAHRU, 11 Sept -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor tidak akan berkompromi dengan anggotanya yang terbabit ataupun mengamalkan rasuah.

Pengarahnya Datuk Yahaya Madis berkata siasatan secara menyeluruh akan dilakukan sekiranya terdapat laporan mengenai salah laku rasuah dalam kalangan anggotanya.

“Biasanya bila ada laporan kita akan buat siasatan tetapi setakat ini tidak ada lagi tindakan diambil dan kita tidak akan berkompromi dengan (penerima) rasuah, kalau kita terima aduan, kita akan buat siasatan menyeluruh di peringkat dalaman dan cadangan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

 “Biasanya aduan yang diterima mengenai perlesenan, pemeriksaan bangunan dan sebagainya...kadang-kadang mereka tidak faham prosedur kita dan mereka adu kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat sekiranya ada penyelewengan mengenai kelulusan dan sebagainya.

"Namun setakat ini, belum ada apa-apa pendakwaan terhadap anggota bomba Johor,” katanya kepada pemberita selepas Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bagi Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah SPRM Johor Datuk Norazlan Mohd Razali.

Pada majlis berkenaan, lebih 100 pegawai kanan dan anggota JBPM negeri melafazkan ikrar yang diketuai Yahaya.

Yahya berkata program IBR merupakan satu daripada program JBPM Johor sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Balai Bilangan 2 Tahun 2019 bermula malam tadi sehingga pagi ini. 

Antara inti pati mesyuarat itu ialah program ikrar rasuah termasuk ceramah pencegahan rasuah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel