Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: Rompin mula catat kualiti udara sangat tidak sihat


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Kualiti udara di Rompin, Pahang mula menerjah kategori sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 202 setakat 10 malam ini.

Rompin merupakan satu-satunya kawasan di seluruh Malaysia dengan bacaan IPU sangat tidak sihat, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS). 

Selain Pahang, beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak mencatat IPU tidak sihat yang dikaitkan dengan fenomena jerebu yang melanda sekarang. 

Kawasan terjejas ialah Batu Muda (151) dan Cheras (147) di Kuala Lumpur; Putrajaya (144); dan Petaling Jaya (141), Shah Alam (131), Klang (114), Banting (124) serta Johan Setia Klang (159) di Selangor.

Selain itu bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Nilai (148), Seremban (124) dan Port Dickson (113) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (108), Bukit Rambai (109) dan bandaraya Melaka (102) di Melaka; dan Tangkak (125) di Johor.

Tiga kawasan di Sarawak pula tidak banyak berubah malam ini dan masih mencatat IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (172), Samarahan (135) dan Kuching (161). 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel