Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tidak perlu tergesa-gesa laksana gojek di Pulau Pinang - Chow


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





GEORGE TOWN, 10 Sept -- Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata  tidak perlu tergesa-gesa untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek di negeri ini buat masa ini.

Beliau berkata permintaan bagi Gojek, salah satu perkhidmatan yang ditawarkan dan diperkenalkan oleh Putrajaya baru-baru ini, tidak cukup tinggi untuk ia dimulakan di negeri ini.

"Jika kita mahu Gojek dilaksanakan, maka permintaan harus diwujudkan terlebih dahulu. Jika warga Pulau Pinang boleh menerima (Gojek) sebagai kaedah pengangkutan, maka mungkin ia boleh diperkenalkan, tetapi jika tidak, kita boleh menunggu Kuala Lumpur memperkenalkan perkhidmatan itu dahulu " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Makanan Asia Pulau Pinang di sini malam ini .

Menurut beliau, walaupun perkhidmatan Gojek menawarkan mobiliti dan keselesaan, perkhidmatan bas sedia ada di Pulau Pinang belum mencapai kecekapan maksimum.

"Saya percaya ia terserah kepada Putrajaya untuk menentukan sama ada kota dan bandar di Pulau Pinang, serta seluruh negara, boleh mengadakan perkhidmatan ini manakala destinasi lain mungkin tidak sesuai kerana keadaan dan persekitaran yang berbeza," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel