Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat swasta digalak salur geran penyelidikan kepada universiti awam


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





MELAKA, 10 Sept  -- Syarikat swasta di negara ini digalak menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk geran penyelidikan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya universiti awam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata syarikat terlibat akan diberikan pelepasan cukai sekali gus mengurangkan beban yang ditanggung institusi tersebut khususnya geran penyelidikan yang melibatkan peruntukan yang agak besar.

Beliau berkata selain itu, sumbangan tersebut dapat menggalakkan lebih banyak produk inovasi yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat dihasilkan dalam kalangan pelajar IPT dan pensyarah.

"Kita dapati universiti telah mengambil sikap kreatif  melancarkan tabung 'endowment’ dan juga tabung wakaf mereka selain terlibat terlibat rapat dengan pihak swasta dan korporat bagi meningkat sumber kewangan mereka.

"Sebagai contoh, hari ini kita lihat sebuah syarikat Xingyi Glass menyalurkan geran penyelidikan sebanyak RM1 juta kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)," katanya kepada pemberita selepas program perjumpaan bersama menteri pendidikan di UTeM di sini, hari ini.

Lebih 4,000 pelajar dari 52 IPT di Melaka termasuk universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional hadir pada program berkenaan.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UTeM, Prof Dr Raha Abdul Rahim.

Sementara itu, Maszlee berkata program tersebut merupakan platform menyebar luas aspirasi Kementerian Pendidikan khususnya dalam konteks Pendidikan Tinggi, mengeratkan jalinan kerjasama antara Universiti Awam, IPT awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti dan kolej vokasional di sekitar Melaka.

Beliau berkata ia juga bagi meningkatkan interaksi berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar terlibat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel