Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aksi Max curi perhatian pengunjung Zoo Negara


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Seekor cimpanzi jantan bernama Max mencuri perhjatian pengunjung di Zoo negara dengan melakukan aksi yang memukau seolah-olah seperti menari dan bergambar dengan pengunjung yang tertarik dengan personalitinya yang unik.

Max yang dikenali sebagai cimpanzi yang suka berdikari dan mesra dengan orang ramai, adalah antara yang paling tua di kalangan enam saudaranya yang lain di zoo, dan juga salah seekor cimpanzi yang paling aktif walaupun telah mencecah usia lanjut 47 tahun.

Naib Presiden Kebajikan Zoo Negara Malaysia, Hafidz Rahmat berkata bahawa keunikan jangka hayat panjang Max adalah kerana dia diberi makanan yang sihat dan selalu menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Di alam hutan, cimpanzi kebanyakannya mencapai usia 32 tahun, tetapi bagi Max kita, dia telah melebihi jangkaan usia tersebut.

"Max menyedari bahawa orang ramai teruja dengan aksi animasinya dan berasa gembira apabila dia menerima tepukan gemuruh untuk aksinya yang mencuit hati," kata Hafidz.

Hafidz berkata mawas yang mencecah usia itu telah hidup dalam kurungan sejak lahir dan apabila mencapai usia kritikal, penyediaan makanan kepada haiwan itu dipantau oleh pihak berkuasa zoo.

Sebahagian besar daripada senaman yang dijalani oleh Max ialah menerusi gaya hidupnya yang aktif dengan melakukan aksi yang memukau penonton yang datang dan melawatnya di Zoo Negara setiap hari ini.

Sementara itu, Symphony Life Berhad, penganjur bersama acara hari ini adalah pemaju hartanah yang berusaha menyumbang kembali kepada masyarakat dan alam sekitar melalui banyak inisiatifnya.

Selaras dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap kemampanan komuniti dan alam sekitar, Max menerima bantuan kewangan daripada kumpulan itu selama dua tahun untuk keperluan hariannya di zoo.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel