Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mohd Nafuzi gesa penyokong TFC penuhi SSMZA pada musim depan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUALA LUMPUR, 10 September  -- Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohd Nafuzi Mohd Zain menggesa penyokong Skuad Penyu untuk membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus selepas proses naik taraf stadium berkenaan dijangka siap pada musim depan.

Bekas pemain kebangsaan itu pada masa sama turut berharap, pemain Skuad Penyu dapat mengekalkan konsistensi apabila pasukan berkenaan kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Untuk rekod, pasukan Terengganu FC  dan pasukan adik, TFC II menggunakan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk aksi Liga Malaysia pada musim ini.

"Saya sangat teruja untuk menggunakan padang SSMZA dan sudah tentu semua pemain mahukan padang yang cantik dan berkualiti untuk beraksi.

Bila padang cantik,  permainan akan menjadi lagi menarik, kualiti permainan juga berbeza dan aura daripada peminat TFC yang membuatkan SSMZA menjadi satu venue yang disegani,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nafuzi yakin Skuad Penyu dapat mengekalkan aksi positif dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini walaupun tidak dapat menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Untuk rekod, pasukan Pantai Timur itu mengungguli carta Kumpulan A Piala Malaysia dengan kutipan sembilan mata selepas beraksi empat perlawanan, walaupun beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Untuk Piala Malaysia kali ni memang tak sempat nak pakai stadium itu (SSMZA), namun saya masih mengambil tahu perkembangan dan stadium tersebut mungkin boleh digunakan untuk musim depan," jelasnya.

Pada 8 April lepas, TFC dengan kerjasama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyerahkan projek penukaran padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kepada sebuah syarikat swasta, RS Greenmaster (M) Sdn Bhd bagi membaiki kualiti padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel