Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAS N.Sembilan aktifkan pelan tindakan pembakaran terbuka


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





SEREMBAN, 10 Sept  -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan kini mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dalam menangani Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S.Veerapan berkata pemantauan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka turut ditingkatkan melalui darat dan menggunakan drone.

"JAS Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengawal kes-kes kebakaran yang berlaku serta sentiasa memantau bacaan dan trend IPU stesen pengawasan udara dari semasa ke semasa untuk tindakan selanjutnya.

"JAS juga membuat pemakluman kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia status terkini IPU dan tindakan-tindakan yang perlu diambil berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

“Jika IPU melebihi 100 maka semua aktiviti di luar kelas perlu dihentikan segera," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"Pihak kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan semua pemilik tanah dinasihatkan memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian, dan industri,”  katanya.

Tiga daerah di Negeri Sembilan hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 3 petang dengan daerah Nilai mencatatkan bacaan IPU tertinggi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Nilai merekodkan IPU 152, manakala Seremban (121) dan Port Dickson (105).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel