Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu maut kemalangan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Harun Mat Piah maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Persiaran Pekeliling, Kajang dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kereta Proton Saga FLX dipandu mangsa berusia 81 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok kira-kira 9.50 pagi.

"Mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan daripada Hospital Kajang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa di bawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham dilahirkan pada 14 November 1937 di Kuala Kangsar, Perak dan menerima pendidikan antaranya di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur.

Dr Harun aktif dalam penerbitan buku herbal dari manuskrip melayu serta mengkaji manuskrip Melayu dalam koleksi-koleksi dunia, di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sri Lanka, koleksi Eropah dan Amerika Syarikat. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel