Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemelut MPM: KBS sedia campur tangan jika tiada pilihan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk menyelesaikan kemelut kemimpian yang melanda Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) jika tiada pilihan lain. 

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata beliau hanya akan campur tangan selepas mendapat khidmat nasihat daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS). 

"Saya dimaklumkan beberapa cadangan telah diketengahkan oleh MPM, ada yang melakukan EGM, ada yang juga hendak saya putuskan atau arbitration. Perkara ini saya biar Pesuruhjaya Sukan (PJS) bincang bersama MPM bagi capai kata sepakat sebelum wujud keperluan untuk saya masuk campur. 

"Namun bila dah “exhausted all option”, saya akan dapatkan nasihat dari PJS. Kalau sudah sampai tahap itu, saya cuba selesaikan secepat mungkin tetapi kena ikut prosedur sedia ada," katanya kepada media selepas lawatan Naib Penaung Sukan Komanwel , Putera Edward atau The Earl of Wessex ke Majlis Sukan Negara (MSN). 

Usaha pihak tertentu untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) MPM bagi membolehkan calon yang lewat menghantar borang pemilihan dibenarkan bertanding difahamkan hanya disokong oleh lapan daripada 24 ahli gabungan. 

Laporan media sebelum ini melaporkan ahli gabungan MPM berharap Syed Saddiq masuk campur bagi menyelesaikan kemelut dalaman membabitkan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk berkenaan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, hanya Syed Saddiq atau Mahkamah Timbang Tara Sukan yang boleh menyelesaikan kemelut dalaman MPM berhubung AGM selepas proses mediasi yang diambil sebelum ini gagal.

"Nasihat saya mereka perlu segera menyelesaikannya. Perkara ini sudah berlarutan begitu panjang dan memang lazimnya tidak boleh ada campur tangan daripada menteri, cuma boleh beri nasihat. Tolong selesaikan secepat mungkin sebab kita ada kejohanan penting untuk dihadapi seperi Para Asean dan juga Sukan Paralimpik Tokyo," katanya. 

Untuk rekod, pada 29 Jun lalu, barisan kepimpinan baharu MPM bagi penggal 2019-2023 masih kosong selepas AGM ditangguhkan dan berlangsung ke satu tarikh yang akan ditetapkan. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel