Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Metronic dapat projek Merdeka PNB 118 bernilai RM18.7 juta


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Firma kejuruteraan Metronic Global Bhd memperoleh kontrak untuk projek sistem audio visual dan sistem teknologi informasi (AV-ICT) bernilai RM18.7 juta dalam projek nasional Merdeka PNB 118, bangunan setinggi 666 meter yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur.

Kontrak itu diperolehi menerusi anak syarikat milik penuhnya, Metronic Engineering Sdn Bhd (MESB).

"Projek Merdeka PNB 118 akan menambah imej reputasi Metronic dan membantu kami meningkat dari segi jenama, komitmen dan pengembangan kerana kami yakin dapat menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk memenuhi piawaian peringkat antarabangsa yang ketat," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brian Hoo Wai Keong.

Beliau berkata Metronic juga sedang berusaha untuk memuktamadkan tender bagi beberapa projek kejuruteraan berpotensi besar bernilai sehingga RM300 juta di Malaysia dan merentasi rantau ini.

"Metronic berada pada landasan dalam mencapai matlamatnya untuk menguasai pasaran US$1 bilion projek bandar pintar di seluruh Malaysia, Eropah, Amerika Syarikat, rantau Timur Tengah dan Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Panduan Perbelanjaan Bandar Pintar Separuh Tahun International Data Corp (IDC) Worldwide, penguasaan pasaran US$1 bilion adalah kurang daripada satu peratus daripada pelaburan global dalam teknologi-teknologi bandar pintar, yang dijangkakan meningkat kepada US$135 bilion menjelang 2021.

Merdeka PNB 118, dahulunya dikenali sebagai KL 118, akan menjadi bangunan keempat tertinggi di dunia apabila siap dengan ketinggian seni bina sekurang-kurangnya 644 meter. Jumlah nilai projek ialah RM5 bilion.

Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, sudah pun memulakan projek itu pada 2014. Nama alternatifnya ialah Warisan Merdeka, atau Warisan Kemerdekaan.

Merdeka PNB 118 dibina di sekitar tapak Stadium Merdeka dan ia terletak di barisan yang sama dengan dua mercu tanda iaitu Menara KL dan Menara Petronas.

Metronic yakin dapat meneruskan kembali projek itu dengan kontraktor utamanya, Samsung C&T untuk menara itu, setelah bekerjasama dalam projek-projek seperti Lot 91 Convention Centre Podium, Kuala Lumpur City Centre.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel