Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayi lelaki baharu lahir ditemukan atas meja kedai makan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





IPOH, 10 Sept  -- Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas meja sebuah kedai makan di Jalan Maktab, Tanjung Malim, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata bayi yang  masih bernyawa berbalut dengan sehelai tuala berwarna kelabu itu ditemukan pada pukul 8.09 malam oleh seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun.

"Lelaki itu yang mahu makan di kedai makan milik anaknya selepas pulang dari menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek ternampak bayi lelaki berkenaan ditinggalkan di atas meja makan kedai.

"Bayi seberat 2.34 kilogram dengan ketinggian 48 sentimeter itu dibaluti dengan tuala berwarna kelabu dan tiada apa-apa kesan atau nota yang ditinggalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata hasil pemeriksaan lanjut daripada pegawai perubatan mendapati bayi yang baharu dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tiada apa-apa kesan ditemukan.

Katanya, bayi tersebut kini ditempatkan di Wad Kecemasan Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kes dilasifikasikan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel