Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dalang seludup dan jual migran ditahan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KANGAR, 10 Sept -- Seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Tauke, 35 disyaki mendalangi sindiket penyeludupan migran rentas sempadan ditahan Jabatan Imigresen Perlis dalam operasi di sekitar ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Chuping Sabtu lepas.

Pengarah Imigresen Perlis Basri Othman berkata berdasarkan siasatan awal, Tauke yang juga pengusaha ladang di kawasan itu aktif menjalankan kegiatan penyeludupan migran sejak dua tahun lalu.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kawasan pertanian tersebut dijadikan transit untuk aktiviti penyeludupan migran sebelum dijual kepada majikan dengan harga RM14,000 ke RM15,000 seorang.

"Turut ditahan dalam operasi jam 1.30 pagi itu dua lelaki warga asing Bangladesh berusia antara 25 hingga 30 tahun yang menaiki Toyota Hilux yang dipandu Tauke selain tiga lelaki warga Myanmar yang ditahan dalam dalam satu operasi sebelumnya  pada 4 September.

 "Tiga lelaki warga Myanmar tersebut ditahan ketika melalui jalan kampung untuk keluar dari Padang Besar dengan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dipercayai untuk mengelak daripada melalui sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya ketiga-tiga migran tersebut dibawa masuk oleh  sindiket sama menerusi  laluan yang tidak diwartakan sekitar Chuping dan Padang Besar. 

Basri berkata dalam dua operasi itu wang tunai sebanyak RM4,900, 10 unit telefon bimbit, dan dua jenis kenderaan yang dinaiki suspek turut dirampas.

"Modus operandi sindiket ini ialah  dengan membawa masuk warga asing dengan jumlah yang  kecil untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel