Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM3.6 juta


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





PETALING JAYA, 10 Sept  -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki dan merampas rokok serta minuman keras dianggar bernilai lebih RM3.6 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang di sini, Jumaat lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata lelaki berusia 36 tahun yang merupakan pemandu kontena ditahan pukul 12.30 tengah malam oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Unit 1.

Beliau berkata hasil imbasan melalui mesin pengimbas kontena mendapati suspek membawa barang dagangan tidak sama dengan dagangan yang diikrar.

“Pemeriksaan kontena mendapati terdapat 22,500 karton rokok putih jenama U2 dan 1,224 karton minuman keras jenama Heineken yang dipercayai belum lulus Kastam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bekalan rokok dan minuman keras itu dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Rokok ini kebiasaannya dijual dengan harga antara RM5 hingga RM6 ringgit sekotak, lebih murah daripada harga biasa.

“Selain itu, pemeriksaan mendapati kontena itu menggunakan pengikraran palsu yang dibuat oleh  sindiket untuk mengabui mata pihak berkuasa,” katanya. 

Zulkurnain berkata suspek kini direman selama tujuh hari dari tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan sama ada lelaki ditahan terlibat secara langsung dengan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1 )(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport tanpa permit yang sah. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel