Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tangkak jadi kawasan pertama tidak sihat di Johor akibat jerebu


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





JOHOR BAHRU, 10 Sept -- Kawasan Tangkak menjadi kawasan pertama dikategorikan sebagai tidak sihat di negeri ini berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 113 setakat 12 tengah hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Tan Chen Choon berkata orang ramai dinasihati mengambil langkah pencegahan seperti memakai penutup hidung jika berada di luar rumah bagi mengelakkan masalah pernafasan dan penyakit konjunktivitis serta meminum air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal hidrasi.  

Selain itu, seluruh sekolah dan ibu bapa di kawasan Tangkak dinasihati untuk mengikuti rapat keadaan murid-murid terutamanya bagi para calon peperiksaan UPSR yang masih menduduki peperiksaan sehingga esok.

"Semua pihak dilarang sama sekali melakukan sebarang pembakaran terbuka dan tindakan tegas akan diambil oleh agensi-agensi berkaitan terhadap mereka yang terlibat.

"Saya juga meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian kebakaran atau aktiviti pembakaran terbuka kepada Majlis Daerah Tangkak dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan segera atau melalui Talian Am 999," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga disaran untuk memuat turun aplikasi MyIPU dari AppStore atau Google Playstore bagi mendapatkan makluman dan bacaan terkini tentang kualiti udara di kawasan mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel