Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Negeri-negeri disaran laksana akuakultur


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





GEORGE TOWN, 9 Sept -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan agar negeri-negeri melaksana program akuakultur bagi meningkatkan pengeluaran hasil perikanan berkualiti tinggi demi memenuhi permintaan yang terus meningkat.

Menyarankan demikian, Timbalan Menteri Sim Tze Tzin berkata program seumpama itu akan turut membantu mewujudkan alam sekitar yang sihat.

Katanya, Pulau Pinang menduduki tempat teratas dalam pengeluaran akuakultur di Malaysia dengan mencapai tahap 50 peratus masing-masing dalam hasil akuakultur dan ikan tangkapan.

Beliau berkata, Malaysia terlibat dalam penghasilan ikan tangkapan, namun sumber ikan merosot pada kadar membimbangkan.

“Kerana itu kita perlu mempunyai rancangan konservasi dan melaksankan dasar yang menentukan kita tidak melakukan tangkapan berlebihan. Namun kita perlu meningkatkan program akuakultur.

"Industri akuakultur Pulau Pinang bernilai RM1.67 bilion setahun. Jumlah keseluruhan bagi negara ialah kira-kira RM3 bilion," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Makanan Laut Sedunia 2019 di sini hari ini.

Diadakan buat pertama kali di Asia, kongres tiga hari itu bermula hari ini dihadiri oleh 350 perwakilan dan 11 penyampai ucaptama, selain 40 pempamer dari industri makanan laut dan kumpulan penyelidik antarabangsa.

Ia akan membincang dan menangani hal-hal berhubung kelestarian perikanan, akuakutur dan ekosistem lautan, di samping mengutarakan inovasi dan penyelesaian terhadap cabaran-cabaran ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang turut hadir berkata sektor akuakultur perlu dilihat sebagai industri yang sedang membangun seiring dengan perkembangan sistem pengurusan  dan aplikasi teknologi.

Menurutnya, walaupun ia adalah sektor baharu, para nelayan perlu menerokainya dengan merebut  peluang yang ada dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada penangkapan hasil laut secara tradisional.

"Jadi, dengan akuakultur kita boleh memastikan satu persekitaran yang dapat dikawal. Tambahan dengan aplikasi teknologi 4.0 dalam membantu memastikan kualiti air dapat membantu penghasilan yang lebih tinggi dan lebih bermutu supaya masalah kekurangan sumber bekalan dapat diseimbangkan," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel