Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lemas di air terjun Puncak Janing


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





ALOR SETAR, 9 Sept -- Seorang remaja berusia 15 tahun ditemukan mati lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di kawasan Air Terjun Puncak Janing, Kuala Nerang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.04 pagi dan tiba di lokasi 10.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang mangsa lemas di dalam kolam air terjun itu yang terletak kira-kira 400 meter dari parkir kereta dan maklumat awal dari komander operasi mangsa mandi bersama rakannya.

“Mangsa kemudian telah dibawa naik ke kawasan daratan oleh orang awam dan didapati telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk proses bedah siasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel