Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cubaan seludup petrol: KPDNHEP tahan lelaki, rampas minyak


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KOTA BHARU, 8 Sept -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Kelantan hari ini menahan seorang lelaki warga negara Thailand dan merampas petrol RON 95, 187.06 liter, bernilai RM389.10 di Jeli, Kelantan.

Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata ketika kejadian anggota KPDNHEP sedang membuat rondaan di kawasan terbabit dan menemui sebuah kereta wira yang sedang diisi minyak oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, dan selepas diperiksa didapati ianya mengisi melebihi had kebiasaan.

Katanya, pemeriksaan selanjutnya mendapati tempat mengisi minyak telah diubahsuai dengan terdapat dua lubang saluran untuk menyalurkan ke tangki simpanan tambahan, dipercayai untuk dijual di negara jiran.

“Kami menahan lelaki berusia 24 tahun berkenaan dan merampas kereta Proton Wira tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan, dengan nilai sitaan RM6,000” katanya kepada Bernama di sini.

Adnan berkata siasatan dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika didapati bersalah individu yang melakukannya boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit, bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya.

Adnan berkata, semakan KPDNHEP mendapati ia kesalahan pertama lelaki terbabit dan pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel