Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cadangan gabungan manfaatkan kedua-dua universiti - NC UniSZA


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KUALA TERENGGANU, 8 Sept -- Cadangan untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti itu.

Naib Canselor UniSZA, Professor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dalam satu kenyataan di sini berkata, penggabungan itu akan membuka lebih ruang kejayaan kepada kedua-dua universiti dan pada masa yang sama ia dijangka dapat mengurangkan kos.

Bagaimanapun, cadangan itu bukan hanya mengenai penjimatan belanjawan atau kos tetapi kebajikan pegawai di kedua-dua universiti itu, yang menjadi isu lebih penting untuk ditangani.

Hassan Basri berkata, beliau dimaklumkan bahawa cadangan penggabungan itu bukan idea baharu dan ia dibincangkan oleh kerajaan terdahulu tetapi mereka mungkin tidak ‘berani’ untuk melaksanakannya.

“Bagaimanapun, saya yakin kerajaan sekarang telah mengkaji kebaikan dan keburukan penggabungan itu sebelum kerajaan bersetuju untuk meneruskan idea itu,” katanya.

Sebuah portal berita pada Khamis melaporkan bahawa UMT dan UniSZA mungkin digabungkan sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan bagi institusi pembelajaran tinggi dan keputusan muktamad mengenai penggabungan itu dijangka dapat diketahui tidak lama lagi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel