Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong nikmati teh tarik di Cameron


Tarikh kemaskini: 07/09/2019





CAMERON HIGHLANDS, 7 Sept -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menikmati teh tarik di Pasar Kea Farm di sini, hari ini.

Seri Paduka tiba di sebuah kedai di pasar yang terkenal di tanah tinggi itu, kira-kira pukul 11.30 dengan mengenakan kemeja T berwarna biru dan seluar kelabu. 

Menemani Yang di-Pertuan Agong adalah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Salehuddin Ishak dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin serta pemilik kedai. 

Istana Negara turut memuat naik sekeping gambar Al-Sultan Abdullah menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia itu di dalam laman Instagram dan ia mendapat pujian para netizen. 

Difahamkan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan hasrat untuk menaik taraf kedai dan gerai di Kea Farm. 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli meninjau tapak pencerobohan haram Sungai Ichat di Kuala Terla. 

Rabu lepas, Seri Paduka juga telah mengejutkan pelanggan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di Putrajaya apabila berkenan mencemar duli bersantap pagi di restoran itu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel