Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu penggabungan universiti di Terengganu timbul persoalan di kalangan pelajar


Tarikh kemaskini: 07/09/2019




KUALA TERENGGANU, 7 Sept -- Dakwaan akan berlaku penggabungan dua universiti di Terengganu menimbulkan persoalan dan keresahan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Wakil Majlis Perwakilan Pelajar Mohamad UMT, Zulkarnain Mohd Dali berkata ramai di kalangan pelajar masih terkejut dengan isu tersebut dan hanya mengetahuinya menerusi berita yang tular di laman sosial, sejak dua hari lepas.

Katanya, bagi meredakan keadaan, pihaknya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mengadakan sesi dialog bersama-sama pihak pengurusan tertinggi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan UMT serta pelajar.

“Kami yakin bahawa UMT dan UniSZA mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kami gusar sekiranya disatukan, adakah kekuatan tersendiri yang dibina itu dapat dikekalkan momentumnya atau perlu dimulakan semula. 

“Sekiranya benar akan berlaku penggabungan ini, maka sudah pastinya segala usaha selama ini yang dibentuk bakal terjejas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut daripada Kementerian Pendidikan mahupun pihak pengurusan tertinggi dari kedua-dua universiti terbabit.

Khamis lepas, sebuah portal melaporkan UMT dan UniSZA akan digabung tidak lama lagi sebagai langkah penjimatan.

UniSZA ditubuhkan pada 2005 dan mempunyai tiga kampus di Terengganu iaitu di Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Tembila serta sebuah lagi di Kuala Lumpur manakala UMT yang beroperasi di Kuala Nerus pula ditubuh pada 2001 dengan memberi fokus kepada sains marin dan kelautan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel