Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JDT II mara ke separuh akhir Piala Cabaran


Tarikh kemaskini: 06/09/2019





JOHOR BAHRU, 6 Sept -- Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II berjaya mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir Piala Cabaran 2019, setelah membenam Kelantan 3-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.

Penyerang import dari Lebanon, Mohamad Ghaddar meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan seawal minit ke ketujuh, sebelum Muhammad Ramadan Saifullah Usman menggandakan jaringan pada minit ke-25, apabila bijak menolak masuk hantaran S. Kumaahran.

Bersambung babak kedua, JDT II terus mengganas dengan menambah jaringan, kali ini menerusi Kumaahran pada minit ke-50, namun Kelantan cuba bangkit menerusi jaringan Muhammad Fauzi Roslan pada minit ke-73.

Empat minit sebelum perlawanan berakhir, Kelantan berpeluang untuk merapatkan lagi jurang apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Nik Akif Syahiran Nik Mat dijatuhkan oleh pemain tuan rumah dalam kotak penalti, namun sepakan itu gagal disempurnakan.

Sementara itu, dalam aksi Kumpulan B, Selangor United mencatatkan kemenangan sulung musim ini selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Selangor United yang turun selaku pasukan tuan rumah, menjaringkan gol menerusi Rafiq Shah Zaim pada minit ke-67.

Kedua-dua pasukan itu bagaimanapun tidak berpeluang mara ke separuh akhir apabila juara bertahan, Terengganu FC (TFC) II dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC telah terlebih dahulu mengesahkan tempat di pusingan empat terakhir itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel