hA4miZ7tOCo Aktiviti penambakan di Pantai Lido punca ikan mati
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aktiviti penambakan di Pantai Lido punca ikan mati


Tarikh kemaskini: 06/09/2019





JOHOR BAHRU, 6 Sept -- Kematian ikan-ikan di tali air bersebelahan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, adalah disebabkan faktor cuaca dan gangguan sistem pengaliran yang berkemungkinan berpunca daripada aktiviti penambakan di perairan Pantai Lido.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, dapatan awal itu merupakan hasil tinjauan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS)  negeri yang turut disertai Jabatan Perikanan Malaysia Daerah Johor Bahru.

Katanya, hasil tinjauan mendapati bacaan in-situ air di lokasi mencatatkan paras oksigen terlarut terlalu rendah iaitu sekitar 1.2 part per million (ppm) sehingga menyebabkan kematian tersebut.

“Merujuk kepada dapatan awal tersebut, disimpulkan bahawa kematian ikan-ikan berkenaan adalah berdasarkan faktor cuaca dan gangguan sistem pengaliran yang berkemungkinan berpunca daripada aktiviti penambakan di perairan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, dapatan awal yang dilakukan itu juga tidak menemukan sebarang sumber industri yang boleh dikaitkan sebagai punca kejadian.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan pihaknya telah mengarahkan JAS untuk menyemak semula Laporan Penilaian Impak Persekitaran (EIA) bagi projek penambakan itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut sekali gus menemukan penyelesaian yang tuntas dalam mengawal insiden sedemikian daripada berlanjutan.

"Saya memandang serius aduan yang disalurkan kepada JAS berhubung penemuan ikan-ikan mati di tali air berkenaan pada jam 11 pagi tadi.

"Penemuan itu adalah kali kedua dikesan berlaku (selepas kali pertama) pada 28 Ogos lepas di Pantai Lido," katanya.

Terdahulu, penemuan berkenaan turut tular di laman sosial Facebook yang dirakam oleh seorang individu yang dalam rakaman terbabit jelas menunjukkan penemuan ikan-ikan yang mati dan timbul di permukaan air berdekatan HSA.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel