Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lori bertembung, dua pemandu maut


Tarikh kemaskini: 06/09/2019





BATU PAHAT, 6 Sept -- Dua pemandu maut apabila lori yang dipandu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Parit Kuari, dekat Ayer Hitam, pagi ini.

Dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu ialah Khairul Azreen Suhairi, 26, yang merupakan pemandu lori membawa muatan tanah dan Ruzairi Mu’bin, 32 pemandu lori membawa muatan tong gas.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan pada pukul 10.37 pagi, dan susulan itu 10 anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kemalangan ini membabitkan dua lori yang membawa muatan tanah dan tong gas, yang mana lori muatan tanah sedang bergerak dari arah Ayer Hitam menghala ke Batu Pahat, manakala lori membawa tong gas dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan tanah hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh dan menggilis lori yang membawa muatan tong gas sebelum melanggar saluran paip di bahagian tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Ishak pihaknya terpaksa menunggu sehingga sejam untuk mendapatkan bantuan kren supaya kedua-dua lori berkenaan tidak terjunam masuk ke dalam parit.

Katanya, sebaik lori terbabit diangkat oleh kren, pihaknya mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang telah disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi.

“Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada pukul 1.40 petang,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim yang mengesahkan kemalangan berkenaan berkata sebuah kereta jenis Perodua Axia turut dilanggar lori yang terbabas itu.

Bagaimanapun menurutnya pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel