Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki kurang berminat jadi guru Tabika - Md Farid


Tarikh kemaskini: 06/09/2019





PASIR MAS, 6 Sept -- Golongan lelaki kurang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan menyebabkan kerjaya itu dilihat seolah-olah hanya khusus untuk golongan wanita.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata pihaknya sedia membuka ruang kepada golongan lelaki untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di Tabika Perpaduan dengan syarat mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan kanak-kanak.

"Sekarang ini majoriti guru adalah wanita, mungkin disebabkan kebolehan mereka untuk mengendalikan kanak-kanak dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.

"Rasaya tidak menjadi halangan jika golongan lelaki berminat dan mempunyai kebolehanan mengendalikan kanak-kanak di Tabika Perpaduan, tiada masalah mengenai perjawatan itu kerana kita buka berdasarkan kepada permohonan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Rukun Tetangga (PRT) Kampung Meranti di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya kini mempertingkatkan usaha bagi menarik minat golongan bukan Melayu untuk terlibat dengan Tabika Perpaduan sama ada sebagai tenaga pengajar mahupun menghantar anak-anak ke tabika terbabit.

Katanya antara perkara yang perlu diperbaiki termasuklah menyediakan fasiliti yang lebih selamat dan selesa bagi menarik minat mereka kerana sukatan pelajaran hampir sama dengan tabika lain.

"Guru-guru di Tabika Perpaduan menyediakan kanak-kanak ke arah alam persekolahan dan membiasakan mereka untuk bercampur dengan rakan-rakan daripada pelbagai kaum.

"Kami telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi memperbaiki dan menaik taraf 1,781 Tabika Perpaduan seluruh negara untuk memberikan keselesaan kepada kanak-kanak kerana kami tahu tenaga pengajar di situ mempunyai kelulusan berkaitan," katanya.

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel