Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sunway Big Box dibuka Disember depan


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





ISKANDAR PUTERI, 5 Sept -- Taman hibrid runcit pertama Malaysia, Sunway Big Box, akan dibuka kepada orang ramai pada Disember depan.

Dengan hampir 85 peratus ruang runcitnya telah disewakan, ia menyasarkan pengunjung bukan sahaja dari Johor dan negeri-negeri lain di Malaysia lain tetapi juga dari negara jiran Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Park, H.C. Chan berkata taman hibrid itu dijangka menjana banyak peluang perniagaan di wilayah ini yang akan merancakkan lagi ekonomi tempatan. 

Beliau berkata selain itu ia juga akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat Johor.

"Saya boleh katakan kira-kira 1,000 hingga 1,500 pekerjaan akan diwujudkan, dan dengan hotel dan pejabat akan siap kelak, ia akan menambah 1,000 lagi pekerjaan.

"Malaysia mempunyai banyak kompleks membeli belah tetapi Sunway menawarkan sesuatu yang inovatif dan baharu dengan produknya. Apabila gaya hidup berubah, orang ramai mahu ruang yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan rakan kongsi utamanya di Sunway Sales Gallery, di sini, hari ini.

Sunway Big Box, dibina di kawasan seluas 9.71 hektar (24 ekar), disepadukan dengan pembangunan akan datang hotel yang mempunyai 280 bilik tidur, menara pejabat boleh sewa bersih seluas 170,000 kaki persegi dan taman ekstrem seluas 12.95 hektar (32 ekar) dengan jumlah kos pembangunan RM250 juta.

Ia akan mempunyai 100 kedai menawarkan barangan runcit, makanan dan minuman serta hiburan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel