Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan cari kaedah terbaik bantu KRT jana pendapatan - Md Farid


Tarikh kemaskini: 05/09/2019




MACHANG, 5 Sept -- Kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk membantu 8,205  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menjana  pendapatan sendiri di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata KRT mempunyai banyak peluang untuk menjana pendapatan untuk pertubuhan itu berdasarkan kesesuaian di kawasan masing-masing.

 “Ini termasuk projek-projek penternakan dan fertigasi yang boleh menjana pendapatan lumayan kepada ahli terutama yang tinggal di kawasan perkampungan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke Projek Ternakan Ikan Patin  dan Sembang Santai Bersama Komuniti KRT Pauh Lima di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Sazmi Miah dan Pengarah  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan Norwahidah Zinalibdin.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuklah Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan untuk melaksanakan sebarang projek penternakan dan pertanian itu.

Beliau berkata antara contoh kejayaan KRT yang berjaya menjana pendapatan sendiri termasuklah KRT Kampung Pauh Lima yang telah menternak ikan patin di 26 kolam.

“Kejayaan mereka bukan mudah dan memerlukan masa yang panjang  bagi  merancangnya,” katanya.

Sementara itu, Norwahidah berkata, projek ternakan ikan patin yang diusahakan KRT Kampung Pauh Lima itu bermula pada Mac lepas.

Beliau berkata setakat ini, KRT Kampung Pauh Lima berjaya memasarkan kira-kira tiga tan ikan patin dengan harga RM6 sekilogram.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel