Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan jadikan majlis ilmu pentas jual produk - Mufti Melaka


Tarikh kemaskini: 05/09/2019




MELAKA, 5 Sept -- Penceramah agama di negeri ini dinasihati agar tidak menggunakan majlis ilmu di surau atau masjid sebagai pentas menjual produk bagi mencari keuntungan peribadi.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu tidak dilarang namun penceramah perlu mempunyai etika dalam menjalankan tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada masyarakat.

“Kita tidak larang penceramah untuk menjual barang namun ianya perlu dilakukan selepas waktu ceramah atau mereka (penceramah) boleh meletak produk yang ingin dijual pada sudut lain dan orang ramai boleh membeli selepas waktu ceramah.

“Jangan ceramah satu jam, 45 minit digunakan untuk promosi barang seperti madu, kurma dan pakej umrah pula… jika ingin buat promosi produk bagi tahu awal-awal kepada orang ramai dan ianya perlu dibuat selepas waktu ceramah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai sikap segelintir penceramah agama di negeri ini yang dilihat mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis produk ketika memberi ceramah agama di surau atau masjid sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat yang hadir ke majlis ilmu agama itu.

Mengulas lanjut, orang ramai boleh membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Melaka sekiranya terdapat penceramah yang menunjukkan akhlak yang tidak baik, mempunyai masalah peribadi atau mengamalkan amalan yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel