Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan Myanmar hilang selepas terjatuh dari bot


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





GEORGE TOWN, 5 Sept -- Seorang nelayan warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari sebuah bot dinaikinya yang terbalik di perairan Pulau Pinang berdekatan Padang Kota di sini awal hari ini.

Mangsa dikenalpasti sebagai Mojur Rahman Umar Khazi, 31, menaiki bot itu bersama-sama tiga lagi nelayan dikhuatiri tenggelam sebelum hilang ke dalam air selepas bot mereka terbalik terlanggar boya kira-kira pukul 6.30 pagi, kata seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang.

“Tiga lagi rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah kami gerakkan berikutan laporan yang kami terima,” katanya di sini.

 Operasi bersama-sama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Angkatan  Pertahanan Awam dan nelayan tempatan itu diperluaskan ke lingkungan lima batu nautika dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, namun sehingga pukul 3.00 petang mangsa masih belum ditemui. 

Selain 10 buah bot digunakan untuk operasi itu, pihak APMM menggunakan pesawat Agusta Rescue bagi membuat pencarian dari udara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel