aW5-1mEHZGE Boikot barangan tertentu beri kesan kepada sektor pekerjaan - Mohd Radzi
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Boikot barangan tertentu beri kesan kepada sektor pekerjaan - Mohd Radzi


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





KOTA BHARU, 5 Sept -- Kempen boikot barangan tertentu akan memberi kesan terutama  kepada sektor pekerjaan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata tindakan itu akan menjejaskan rantaian pengeluaran yang akan menyebabkan pengeluar mengurangkan pengeluaran barangan sekali gus boleh menjejaskan pekerja.

"Contoh paling mudah, apabila kurang permintaan untuk barangan yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu, secara umumnya, apa yang berlaku? Syarikat akan mengurangkan pengeluaran dan pekerja akan terkesan.

"Rantaian dalam bekalan itu panjang dan menyeluruh, jadi apa yang perlu kita insafi adalah kesan (boikot) itu adalah kesan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Kelantan Bagi Penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Kelantan Nazran Muhammad.

Semalam, Jemaah Menteri dalam satu kenyataan dilaporkan berkata usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Jemaah Menteri dalam kenyataan itu menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel