Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam rampas rokok seludup bernilai RM25.4 juta sepanjang tahun ini


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





KEMAMAN, 5 Sept  -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas sejumlah 306 juta batang rokok seludup bernilai RM25.4 juta di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Paddy Abdul Halim berkata seramai 1,214 orang ditahan berhubung penyeludupan rokok dalam tempoh 1 Jan hingga semalam, yang membabitkan nilai keseluruhan cukai RM277 juta.

“Bagi membanteras aktiviti berterusan, Kastam akan meningkatkan pemantauan di kawasan tumpuan seperti di lapangan terbang dan sempadan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Kemaman, hari ini. Turut hadir Pengarah Kastam Terengganu Datuk Radzi Muhamad.

Dalam perkembangan lain beliau berkata Kastam Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok selepas menangkap seorang pemandu lori berumur 31 tahun di jalan masuk Tol Kerteh Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini Jumaat lepas.

Paddy berkata hasil pemeriksaan terhadap lori itu, Kastam merampas 113,500 kotak rokok dipercayai belum lulus Kastam bernilai RM207,200 dengan nilai cukai berjumlah RM1.5 juta, katanya.

"Pemeriksaan juga mendapati lori itu adalah milik sebuah syarikat di negeri ini yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel