Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nilai CEE 7, CEE 9 masing-masing RM58,000


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





KUANTAN, 5 Sept -- Nombor pendaftaran ‘CEE 7’ dan ‘CEE 9’ mencatatkan bidaan tertinggi dengan masing-masing bernilai RM58,000, pada Bindaan Nombor Pendaftaran Secara Dalam Talian (JPJeBID) yang diperkenalkan kali pertama di Pahang. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Mohammad Abdullah berkata secara keseluruhannya, bidaan nombor pendaftaran CEE yang bermula pada 30 Ogos hingga 3 Sept lalu memperoleh jumlah kutipan sebanyak RM1.02 juta.

"Ini adalah nilai kutipan bidaan tertinggi yang direkodkan setakat ini, dengan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding siri nombor pendaftaran CED hanya memperoleh RM895,940.

"Peningkatan kali ini mungkin disebabkan pengenalan sistem JPJe-BID, yang memudahkan urusan bidaan orang awam selain promosi meluas oleh pihak JPJ," katanya pada sidang media di Kompleks JPJ Pahang di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Mohammad menambah nombor pendaftaran CEE 96 mendapat bidaan tertinggi dengan 13 pembida diikuti CEE 11 (12 orang), CEE 33 (11 orang) manakala 9,575 nombor yang tidak dibida akan dibuka kepada umum. 

Katanya, mereka yang berjaya membuat bidaan nombor pendaftaran dikhendaki mendaftarkan nombor tersebut pada kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, maka surat keputusan bidaan akan dianggap sebagai luput, dengan bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan semula. 

"Untuk orang awam yang berminat dengan nombor pendaftaran tidak dibida, mereka boleh berurusan di pejabat JPJ seluruh negeri, namun disarankan supaya mendaftar portal JPJ, Mysikap terlebih dahulu," katanya.

Mohammad berkata untuk JPJe-BID pertama Pahang, sebanyak 1,879 resit dijual yang membawa kutipan RM18,790 dan daripada jumlah itu, 904 pembida mencuba nasib mendapatkan nombor pendaftaran idaman mereka, dengan 424 berjaya memperolehnya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel