Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Calon UPSR Orang Asli Sungai Rual ditempatkan di inap desa agar lebih fokus


Tarikh kemaskini: 05/09/2019




KOTA BHARU, 5 Sept  -- Seramai 11 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari kalangan anak masyarakat Orang Asli di Sungai Rual. Jeli  ditempatkan di sebuah inap desa bagi membantu mereka lebih fokus terhadap pembelajaran.

Pengarah Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) - Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM), Surain Kanda berkata usaha ini sebagai langkah dalam memastikan mereka hadir ke peperiksaan UPSR selain membolehkan mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal semasa menduduki peperiksaan selain mengelak gangguan daripada rakan -rakan.

 “Mereka tutut mengikuti kem intensif yang dikendalikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membabitkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di Homestay Taman Kifayah, Jeli bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 11 Sept ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Empower ECER Sungai Rual turut menyediakan bekalan alat tulis kepada calon UPSR itu termasuk peralatan yang belum ada atau rosak sepanjang musim peperiksaan.

"Calon-calon ini kebanyakannya sudah terbiasa tinggal di perkampungan Orang Asli yang serba kekurangan, jadi kami menjadikan inap desa sebagai pusat untuk mengajar mereka dengan pembelajaran secara percuma.

"Selain urusan tempat tinggal, kami juga turut memberi makan dan minuman percuma selama tempoh mereka berada di inap desa ini selain guru tuisyen," katanya.

 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel