Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat tidak dikenali ditemui terapung dalam sungai di Pasir Puteh


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





PASIR PUTEH, 5 Sept -- Mayat seorang lelaki yang sudah membengkak ditemui terapung, dalam sungai di Kampung Puyu, Semerak di sini, petang semalam.

Mayat yang tidak dikenali itu dipercayai berumur antara 20-30 tahun itu, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, dijumpai dalam keadaan kesan terbakar berhampiran jambatan sungai itu, pada pukul 3 petang.

“Kawasan mayat itu ditemui agak sunyi dan hanya beberapa meter dari ladang kelapa sawit,” kata seorang penduduk Mohamad Zainun Hassan, 60, ketika ditemui di tempat kejadian.

Berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak, lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia beberapa hari lepas.

Mohamad Zainun berkata, mayat berkenaan dipercayai orang luar, kerana tiada yang mengenalinya.

Mayat berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Azmir Damiri mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel