Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perasmian Lebuhraya WCE Kampung Lekir-Beruas ditunda


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





IPOH, 4 Sept  -- Perasmian jajaran Seksyen 9 dan 10 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Kampung Lekir, Sitiawan ke Beruas, Perak, yang dijadualkan esok, ditunda ke satu tarikh lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata tarikh baharu perasmian akan dimaklumkan kelak. 

Abdul Yunus ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini bagaimanapun tidak menyatakan sebab perasmian itu ditunda. 

Beliau mengulas mengenai  penularan pengumuman perasmian jajaran sepanjang 45 kilometer (km) itu yang dijadual pada petang esok. 

Jajaran Seksyen 9 melibatkan laluan sepanjang 28KM dari Kampung Lekir ke Changkat Cermin mempunyai empat plaza tol iaitu Plaza Tol Kampung Lekir, Plaza Tol Sitiawan, Plaza Tol Sitiawan Utara dan Plaza Tol Changkat Cermin. 

Kesemua plaza tol itu disambung dengan Jajaran Seksyen 10 meliputi laluan sepanjang 17km sehingga Plaza Tol Beruas. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel