Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K'jaan negeri mahu lebih banyak maklum balas mengenai Belanjawan Johor 2020


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





JOHOR BAHRU, 4 Sept -- Kerajaan negeri mahu lebih banyak maklum balas daripada rakyat Johor mengenai idea dan cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2020, yang bakal dibentang November ini.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata maklum balas orang ramai adalah penting baginya untuk mengenal pasti keutamaan rakyat untuk diberi perhatian dalam belanjawan itu nanti.

“Harapan saya agar semua lapisan masyarakat, semua warga Johor, baik dalam negeri ataupun di luar Johor untuk sama-sama membantu saya memberi idea untuk kita membuat bajet yang lebih mesra kepada rakyat dan lebih bagus lagi,” katanya kepada pemberita selepas melawat calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 1, dekat sini, hari ini.

Dr Sahruddin berkata demikian ketika ditanya mengenai apa harapan kerajaan negeri kepada rakyat Johor dalam mengumpul idea bagi belanjawan negeri itu nanti.

“Kita mula mengumpul maklum balas mulai 1 Sept sehingga 30 Sept ini. Kita lihat kepada semua aspek dan tengok mana yang akan jadi keutamaan nanti. Keutamaan kita (dalam Belanjawan Johor) ialah apa yang masyarakat mahukan,” katanya.

Terdahulu, menerusi Facebook rasmi beliau pada 1 Sept, Dr Sahruddin telah menyeru semua rakyat Johor memberikan maklum balas atau idea berhubung belanjawan negeri itu.

Menurutnya, belanjawan itu akan memacu Johor untuk menjadi antara negeri yang terbaik dalam Malaysia.

“Namun, saya tidak mahu belanjawan ini hanya ditentukan oleh kerajaan sendiri. Saya mahu inti pati belanjawan ini lebih bersifat holistik dan inklusif dengan mengambil kira idea, pandangan, input dan 'sentuhan' daripada Bangsa Johor sendiri.

“Untuk itu, saya menjemput seluruh rakyat Johor untuk memberikan maklum balas semua melalui kaji selidik yang disediakan,” katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebooknya itu.

Rakyat Johor yang mahu menyampaikan idea menerusi kaji selidik itu boleh melayari pautan http://bit.do/KajiSelidikBelanjawanJohor2020

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel