Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga buah sekolah diarah tutup, 105 calon UPSR pindah di pusat pemeriksaan baharu


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





JASIN, 3 Sept-- Tiga buah sekolah diarah tutup esok susulan insiden kebocoran gas ammonia dari sebuah kilang pemprosesan ayam di Merlimau, yang terletak berhampiran sekolah-sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari berkata tiga sekolah tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, SK Serkam Darat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Serkam.

“Seramai 20 calon UPSR dari SK Paya Redan ditumpangkan ke Pusat Peperiksaan di SK Paya Dalam. Kita juga membuka satu pusat peperiksaan baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota bagi menempatkan 79 calon dari SK Serkam Darat dan enam calon SJKT Ladang Serkam,” katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.

Katanya perubahan lokasi pusat peperiksaan itu setakat ini kekal sehingga tarikh akhir peperiksaan UPSR iaitu pada 12 Sept ini.

Abu Bakar berkata semua pelajar tahun satu hingga lima di ketiga-tiga buah sekolah itu juga diarah bercuti, bagi mengelak terjejas dengan sebarang pencemaran.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pelajar sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah seperti biasa sehingga dimaklumkan.

“Ini kerana tiga buah sekolah ini terletak dalam radius tiga kilometer dari lokasi kilang pemprosesan ayam berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membuat makluman, sekiranya terdapat perubahan dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel