Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyelidikan penting sebagai saluran penambahbaikan dalam pengajaran


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





 

KOTA KINABALU, 3 Sept  -- Penyelidikan adalah saluran yang tepat bagi mengenalpasti pemasalahan yang terdapat dalam bidang pendidikan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Menurut beliau penyelidikan membolehkan warga pendidik dapat mendidik dengan ilmu yang lebih bermakna kerana hasil kajian menjadi data sahih yang dapat digunakan untuk penambahbaikan dalam pengajaran.

Penyelidikan adalah satu seni untuk menyingkap pengetahuan baharu dan ia bukan perkara baharu dalam bidang pendidikan. 

"Pengetahuan baru ini termasuklah mengenai isu-isu dalam pendidikan sama ada isu berkaitan jurang ilmu, perkembangan ilmu, penambahan maklumat daripada individu tertentu mahupun peningkatan keberkesanan amalan semasa dalam pendidikan," katanya ketika  merasmikan Seminar Penyelidikan Berdasarkan Tindakan Sekolah anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya di sini, hari ini.  

Warga pendidik sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar, perubahan dalam pedagogi, penambahbaikan dalam disiplin ilmu dari sekecil-kecil perubahan hinggalah ke peringkat perubahan dalam dasar pendidikan semasa.

Justeru, beliau menyifatkan penganjuran seminar itu bermakna kepada seluruh warga pendidik yang terlibat baik dalam kalangan siswa guru, guru sekolah rendah dan menengah, pengetua, guru besar, golongan pentadbir serta  pensyarah. 

Katanya penglibatan dari pelbagai peringkat ini sudah tentu dapat mengetengahkan idea yang hebat dan dapat dikongsi oleh khalayak yang hadir dalam seminar kali ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel