Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis nasihat jangan sebar video kanak-kanak diculik


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KOTA BHARU, 3 Sept  -- Polis menasihat orang ramai agar tidak menularkan satu rakaman video melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa diculik oleh seorang lelaki dengan  sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata ini kerana pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian itu walaupun video itu tular dalam laman sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan meneliti rakaman berkenaan yang dikatakan berlaku di Jalan Kebun Sultan di sini.

"Kita ingin menasihatkan kepada orang ramai agar jangan viralkan perkara yang tidak benar kerana ianya boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

"Sebelum ini pernah ditularkan mengenai sebuah van berwarna putih yang dikatakan menjadikan kanak-kanak dan remaja belasan tahun sebagai mangsa namun selepas dijalankan siasatan ianya adalah tidak benar," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, hari ini.

Jelasnya, menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu menularkan perkara yang tidak benar dan boleh diambil tindakan menerusi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sebenarnya kita juga membuat pemeriksaan di kesemua balai polis dalam daerah Kota Bharu namun tiada sebarang laporan polis dibuat.

"Kita akan meneliti kesahihan video itu sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya.

Dalam rakaman sepanjang 19 saat itu seorang lelaki dilihat bercakap dengan seorang kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara enam hingga tujuh tahun sebelum dilihat menarik dan mengangkat kanak-kanak itu ke dalam kereta berwarna putih sebelum dilarikan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel