Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air berjadual dilaksanakan di tiga kawasan di Johor 


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





JOHOR BAHRU, 3 Sept  -- Pihak Ranhill SAJ telah mula melaksanakan bekalan air berjadual (BAB) di tiga kawasan di Johor semalam berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan taburan hujan sejak dua minggu lepas.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan  pembekalan air berjadual itu berlangsung selama sebulan sehingga 2 Okt ini.

Pelaksanaan bekalan air berjadual itu turut menjejaskan 149,550 pengguna dari 29,910 akaun di sekitar daerah Simpang Renggam, Layang-Layang dan Pontian utara, menurut kenyataan itu lagi.

“Bagi memastikan bekalan air bersih dapat dioptimumkan pembekalannya walaupun dalam keadaan sumber yang terhad, Ranhill SAJ akan mengaturkan pembekalan secara 36 jam dengan bekalan dan 36 jam seterusnya tanpa bekalan sepanjang tempoh sebulan itu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut cuaca panas itu telah menyebabkan paras air di Empangan Machap, dekat sini, terkesan secara langsung.

Menurut SPAN, selain Empangan Machap, tiga empangan lain di negeri ini turut berada di bawah paras kritikal iaitu melibatkan Empangan Lebam, Empangan Uper Layang dan Empangan Pulai. 

Bagaimanapun, bekalan air di kawasan agihan yang terlibat masih terkawal kerana terdapat pengepaman air mentah dari Empangan Seluyut untuk Empangan Lebam dan Upper Layang dan Empangan Pontian Kecil untuk Empangan Pulai 2. 

“Para pengguna yang terlibat dinasihat menggunakan air secara berhemat dan bersedia dengan menyimpan air secukupnya bagi menghadapi hari tanpa bekalan yang dijadualkan. 

“Dalam masa sama, SPAN akan terus memantau situasi paras air di empangan-empangan bekalan air utama di seluruh negara dan mengemukakan laporan dari semasa ke semasa kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli,” katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel