Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga perkara dititik berat UMK kepada pelajar


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





JELI,  3 Sept -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mahu pelajarnya menguasai tiga perkara bagi menghadapi cabaran selepas menamatkan pengajian di universiti terbabit.

Naib Canselor UMK, Prof  Dr Noor Azizi Ismail berkata tiga perkara itu adalah bahasa, teknologi maklumat dan kemanusiaan yang dilihat penting pada masa kini dan masa hadapan yang perlu dilalui oleh mahasiswa untuk bersaing dengan mahasiswa lain. 

"Pelajar perlu meningkatkan penguasaan bahasa terutamanya Bahasa Inggeris selain meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu.

"Bagi memberikan nilai tambahan, pelajar perlu menguasai bahasa lain atau bahasa ketiga kerana ia turut memainkan peranan untuk membuka peluang kepada pelajar bagi memperoleh pekerjaan," katanya pada Majlis Amanat kepada pelajar baharu UMK kampus Jeli di sini, hari ini. 

Seramai 2,603 pelajar baharu yang berdaftar di ketiga-tiga kampus iaitu kampus utamanya di Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli bagi sesi 2019/2020 melibatkan lapan fakulti dengan 28 program yang ditawarkan.           

Noor Azizi berkata, begitu juga pihaknya mahu pelajar yang mengikuti pengajian di universiti itu mengambil peluang bagi menguasai sebaik mungkin teknologi maklumat ketika mengikuti pengajian. 

"Ia penting dikuasai oleh pelajar kerana teknologi akan melibatkan pelbagai bidang sama ada perniagaan dan sains. Perlu belajar teknologi baru kerana ia adalah masa hadapan pelajar selepas menamatkan pengajian untuk terlibat dengan pekerjaan," katanya. 

Nilai kemanusiaan juga perlu diberikan perhatian kepada pelajar bagi membentuk keharmonian ketika mengikuti pengajian dan berada di luar pengajian.

"Hormat satu sama lain, kami tidak mahu pelajar hanya melakukan aktiviti dalam kalangan kaum masing-masing, pelajar sebolehnya mempelajari budaya kaum lain kerana alam pekerjaan pelajar akan berada dalam suasana pelbagai kaum.

"Lakukan aktiviti yang mampu menyatukan pelbagai kaum di UMK dan pelajar harus memahami budaya masing-masing," katanya.             

 -- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel