Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 4,362 pelajar ditawar lanjut pengajian di UMS


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KOTA KINABALU, 3 Sept  -- Seramai 4,362 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan Siswa-Siswi Baharu Sesi 2019/2020 dengan sesi pendaftaran kemasukan bermula hari ini.

Naib Cancelor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata jumlah tersebut merangkumi 2,570 pelajar atau 59 peratus dari Sabah, 1,690 pelajar (39 peratus) dari  Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan 102 pelajar (dua peratus) pelajar antarabangsa. 

Katanya pelajar antarabangsa itu berasal dari 14 buah negara, iaitu China seramai 72 orang, Brunei (Sembilan), Indonesia (Enam), Bangladesh (Tiga), dua pelajar masing-masing dari Korea Selatan dan Hong Kong dan seorang masing-masing dari Jepun, Filipina, Afrika Selatan, Gabon, Yemen, Maldives, Mesir dan Pakistan.

UMS turut menawarkan 178 tempat kepada pelajar kurang berkemampuan berdasarkan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan melepasi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan Unit Pengambuilan Universiti (UPU), katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Taufiq berkata pada tahun ini UMS turut menerima kemasukan lapan pelajar dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Menurutnya kesemua mereka ini ditempatkan di tingkat bawah Kolej Kediaman Tun Fuad untuk memudahkan pergerakan selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah.

Beliau berkata UMS juga menerima kemasukan 40 pelajar bagi program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sains Data) Fakulti Komputeran dan Informatik.

Kesemua pelajar akan tinggal di kolej kediaman dan akan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) sehingga Jumaat ini persiapan bagi menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan kampus, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel