Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





BATU GAJAH, 3 Sept -- Seorang lelaki warga Myanmar maut, dipercayai ditikam rakan senegaranya di sebuah rumah kedai, di Laluan Sri Pengkalan 1, Pusing, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 6.30 petang semalam, yang memaklumkan terdapat pergaduhan di sebuah rumah kedai yang disewa kedua-dua warga Myanmar itu.

"Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang perabot di Pusing sejak sebulan lepas, ditemukan masih dalam berpakaian lengkap terbaring, di dalam sebuah bilik dan terdapat kesan darah di bahagian dada.

"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian menemukan sebilah gunting di lokasi, kejadian dipercayai digunakan suspek yang merupakan rakan sebilik mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh hari ini, mendapati mangsa meninggal dunia akibat tusukan objek tajam, di bahagian kiri dada.

Ahmad Adnan berkata kes diklasifikasikan di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya masih menjejaki suspek, yang masih bebas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pihak polis di talian 05-3629222 bagi mengesan suspek yang melarikan diri dari lokasi kejadian," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel