Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru Don, bantu siasatan kes bunuh di Petaling Jaya 


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





KUALA LUMPUR, 3 Sept-- Polis memburu seorang lelaki warga India dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki tempatan di tandas bilik pengawal keselamatan, di sebuah kondominium di Petaling Jaya dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan dikenali sebagai Don itu, dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zani berkata dua lelaki Nepal dan seorang lelaki tempatan yang ditahan semalam telah direman dengan dua lelaki Nepal itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin manakala lelaki tempatan direman sehari.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian di talian 03-7966 2222.

Semalam, Bernama melaporkan mayat Lee Poh Meng, 54, ditemui dalam keadaan terlantar dan berlumuran darah di tandas bilik pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Petaling Jaya dekat sini pada kira-kira pukul 3 petang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel